Orak Arek Orang Era Teknologi
Sahibul hikayat tersebutlah al-kisah di sebuah negeri bergelar Taman Si Pura-Pura. Bersemayam seorang raja berkuasa sakti melalui sentuhan jari. Raja adil lagi berdaulat memerintah negeri secara saksama. Rakyat jelata setia di bawah payung pemerintahan raja…
CUT!
Apa daa koa cherita ini sama akoa.. akoa tiada mao erti apa-apa yang koa cakap ini.. sekarang akoa mao nyanyi sato lago daa.. koa kasi dengar ini lago akoa mao nyanyi..
Usah kenang- kenang yang lama
Abah akan pulang permata
Orang ingat senang dan sama
Diri merasa rata- rata
Orak- Arek
Dikata- katakannya
Berulang alik
Tidak kedengaran
Duduk mengadu ku tersapa
Mengenang dirimu terasa sayu
Resam orang- orang yang lupa
Bila mahu merayu- rayu
Orak- Arek
Dikata- katakannya
Berulang alik
Tidak kedengaran
Angan- anganan
Diidamkan janganlah
Walaupun ia berharga
Tak serupa
Bebas- bebaskanlah
Lepaskanlah jari- jari
Yang memulas hati
Hingga kau hina
Usan kenang apa ku kata
Yang benar akan nyata akhirnya
Resam orang- orang yang lupa
Dilupa ia selama- lamanya
Yaa.. lago apa ini yang koa dendangkan tadi sahabatkoa?
Lago dendangan penyanyi tersohor itu.. apa koa tidak pernah mendengar namanya Jenal Bidin yang sudah seantero nusantara ini dihiburkannya..
Hmm.. maafkan akoa.. sudah hampir dua belas purnama akoa di pelayaran.. tidak pernah akoa mendapat peluang mendengar radio..
PUFFF !.. dan mimpi berlalu pergi..
Laman / Tapak Web / Blog ORAET! diurus-selenggarakan oleh Oime Imiahus (bukan nama sebenar dalam kad pengenalan Malaysia!)
Sebarang kejadian yang tidak diingini hasil dari perolehan bahan tatapan di ORAET! bukanlah tanggungjawab Oime Imiahus mahu pun sekutu dan kutu-kutu nya.

Saya bukan seorang pengaturcara, penulis, pekartun, pekomik atau pekarikatur sepenuh separuh masa. Hasil maha karya saya masih di tahap rendah tetapi tetap berusaha memantapkan kesempurnaan hasil karya.
Minat saya dalam bidang seni melalui seni lakon, seni lukis, seni kraftangan, seni sastera dan lain-lain seni yang berseni.
Seni lakon berasaskan pentas teater saya ceburi bermula sekitar 1994 dengan kumpulan SUARA ALAM dan BATEK kemudian perlahan-lahan menghilang di bawa arus masa. Sehingga kini masih meneruskan aksi-aksi lakonan sebenar dalam kehidupan seharian bersama keluarga tercinta (hehehe) sebagai hiburan untuk isteri dan anak-anak.
Seni lukis merupakan seni yang sentiasa terdampar di hati tanpa sedar. Hanya melukis untuk tujuan suka-suka yang tidak memberi makna. Alangkah ruginya saya! Sepatutnya kebolehan seni lukis ini saya jadikan punca pendapatan tambahan. Sekurang-kurangnya lepas juga duit poket untuk beli macam-macam benda (hehehe)
Seni kraftangan antara seni kerastangan yang saya warisi dari abah tetapi tidak saya amalkan. Bertukang merupakan satu kemahiran yang bukan semua orang ada. Saya pula tidak menggunakannya.
Seni sastera melibatkan karang-karangan, cerita-ceriti, penulisan yang tidak bersungguh-sungguh saya lakukan. Ilham sentiasa hadir dan mencurah-curah setiap masa, tetapi bak mencurah air mineral ke daun keladi, saya gagal juga menafaatkan kebolehan saya.
Hmm.. sungguh seni saya ini !
PENAFIAN:
Laman Weblog ini merupakan satu wacana untuk saya melepaskan atau lebih tepat ruang pelepasan bahan-bahan dalam pelbagai bentuk dan tempat saya meloloskan diri dari belenggu tekanan jiwa seharian. Sebarang bahan bacaan dan tatapan yang terkandung perlulah diterima seadanya. Saya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan fizikal dan mental kerana melayari laman webblog ini.










Recent Comments