Kek Lapis Masam Manis
Antara kegemaran isteri saya ialah memberi saya makan yang sedap-sedap.
Ini menu kek yang saya jumpa sewaktu mengemas arkib emel saya. ![]()
Nyum! Nyum! Nyum
Bahan-Bahan
1 ½ ketul butter
2 cawan gula
2 cawan tepung biskut soda (biskut soda di tumbuk halus dan di jadikan tepung)
1 sudu kecil baking powder – di ayak bersama dengan tepung
7 biji telur – asingkan kuning dan putih
32 bungkus kecil Haw Flakes
1 tin susu
1 sudu kecil esen vanila
Pewarna kuning dan hijau
Cara Membuat
- Pukul putih telur dengan gula sehingga kembang
- Di dalam bekas lain pukul kuning telur dengan butter sehingga kembang
- Kemudian campurkan satukan kedua-dua bahan.
- Kacau sehingga rata.
- Masukan tepung biskut sedikit demi sedikit. Kacau lagi sehingga rata.
- Masukkan esen vanila kemudian kacau. Masukan susu. Kacau lagi.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian satu di warnakan dengan kuning dan satu lagi di warnakan dengan hijau.
- Panaskan kukusan. Biar sehingga air mendidih.
- Alas loyang dengan kertas.
- Masukan 4 sudu besar adunan berwarna hijau ke dalam loyang. Ratakan dan kukus apabila air sudah mendidih.
- Kukus selama 5 minit. Angkat loyang dan susun asam Haw Flakes rapat-rapat.
- Lapiskan lagi dengan warna kuning. Kukus semula. Buat sehingga adunan habis.
Ada pertanyaan?.. bolehlah bertanya isteri saya akan jawab.. hehehehe
p/s: ini ada tips isteri saya dapat dari kawan dia yang dapat dari mana saya pun tak tau
Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan
|
50 Easy Party Cakes |









wardah
biskut soda tu kat mane boleh di cari..? brand ke memang jenis dia..?
Link | Posted by: wardah | May 19th, 2010 at 6:43 am