Kesempurnaan adalah proses
Dalam mengusahakan sesuatu, saya telah mendapat pengalaman supaya tidak boleh menunggu benar-benar cukup dan sempurna baru hendak bermula. Kecukupan dan kesempurnaan bukan syarat, ia adalah sebuah proses. Semua yang berjaya, bermula dari belajar dan mencuba. Bermulalah seperti bayi; kita tidak akan ke mana-mana jika takut untuk bermula dan masih menunggu kesempurnaan.
Rangkaian ayat ini dipetik dari blog Jurnal Online UstazCahaya yang pertama kali dijengah hasil pemilihannya sebagai pemenang pertandingan ulasan buku Tuan Zamri Mohamad.
Buku yang sama juga – Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas - pernah menjadi bacaan cuma tidak dipratikkan sebagai pemangkin dalam bidang penulisan yang tentu sahaja menjana pendapatan. Alangkah ruginya diri ini kerana terikat dengan peraturan sendiri.
Semoga kata-kata “Kecukupan dan kesempurnaan bukan syarat, ia adalah sebuah proses. Semua yang berjaya, bermula dari belajar dan mencuba” dapat dijadikan pembolehubah diri.
Cari Duit Cara Mudah sebagai Penulis Bebas










UstazCahaya
Salam ziarah.
Terima kasih kerana memetik tulisan saya. Saudara seorang pelukis ke?
“Kecukupan dan kesempurnaan bukan syarat, ia adalah sebuah proses. Semua yang berjaya, bermula dari belajar dan mencuba.” benar, saya selalu percaya itu..
Link | Posted by: UstazCahaya | February 5th, 2010 at 10:44 am