Category View

Gedung Kartun ~ majalah jenaka alternatif

By admiinMonday - August 24th, 2009Categories: FrontPage, Semua, Umum

Majalah baru Zunar usik PM – Malaysiakini

http://photos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs172.snc1/6449_1221237168111_1144402756_670321_1245665_n.jpg

Model tembam di atas bukan Encik Zunar tetapi antara orang kuat makan majalah Gedung Kartun iaitu Encik Jonos al Tembam

Majalah baru Zunar usik PM
Jimadie Shah Othman
Ogos 24, 09

http://img38.imageshack.us/img38/1512/e7b51f7bb71e25e0e47c15b.jpgKartunis politik terkenal Zulkiflee Anwar Haque akhirnya kembali bergelumang bersama dunia kreatif melalui majalah Gedung Kartun setelah meninggalkan organ PKR Suara Keadilan beberapa bulan lalu.

Berslogankan “majalah jenaka alternatif”, terbitan sulung dwibulanan itu memaparkan gelagat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara (foto kiri).

Edisi awal September kini sudah berada di pasaran.

Selain kartun, Gedung Kartun turut memuatkan artikel berbentuk satira politik oleh ramai penulis kreatif yang aktif di atas pentas seni alternatif antaranya Hishamuddin Rais, Pyanhabib dan Rahmat Haron.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang kini lantang menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) turut menyumbang rencana dalam Gedung Kartun.

Selain tiga penulis rencana, ia disokong 12 kartunis sambilan, antaranya Cabai yang sebelum ini terkenal dengan siri “Tiga Dara Pingitan” (foto kanan).

Edisi sulung ini akan menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta kontroversi ISA.

“Kita juga akan muatkan kartun istimewa karya Dr Farish A Noor,” kata Zunar, tanpa mendedahkan karya pengamat politik itu.

Dihubungi Malaysiakini baru-baru ini, Zulkiflee atau lebih popular dikenali Zunar berazam menerokai pasaran genre itu dengan tema “kartun alternatif” itu kerana, menurutnya, ia mempunyai pasaran yang besar.

“Ini yang pasaran mahukan. Kita lihat di Internet dan blog, banyak kartun berbentuk humor sebegitu.

“Ia bentuk yang orang suka, cuma tidak ada orang buat,” katanya, yang bertindak sebagai ketua pengarang, yang terkenal dengan “kartun hidung besar” bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditanya perbezaan menguruskan sebuah akhbar politik dan majalah kartun, Zunar berkata: “Tukar medium sahaja”.

Menurutnya, idea menerbitkan majalah kartun dengan konsep sebegitu telah lama dirancang tetapi baru menjadi kenyataan kerana kesuntukan masa.

Dengan cetakan pertama sebanyak 10,000 naskhah, majalah tersebut akan berada di pasaran dua kali sebulan – pada 10 dan 20 hari bulan.

Majalah 68 halaman, terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd itu dijual di seluruh Malaysia dengan harga RM4 (Sabah dan Sarawak RM5).

Zunar, yang turut menyumbang karyanya kepada Malaysiakini, meninggalkan Suara Keadilan pada Mei lalu setelah empat tahun bertugas – dipercayai mangsa politik dalaman elit PKR.

[get_posts]

Google Buzz

Continue reading "Gedung Kartun ~ majalah jenaka alternatif" »

Selamat Berpuasa 1430H

By admiinSaturday - August 22nd, 2009Categories: FrontPage, Semua, Umum

Salam dan selamat beribadat di Ramadhan 1430H

Sempena itu di kesempatan ini disertakan sekali fail .PDF yang boleh dicetak untuk ditampal di mana jua yang afdal; berupa Niat dan Doa Berpuasa, Berbuka dan selepas Berbuka

Panduan ini sebenarnya sesuai untuk anak-anak kecil yang baru belajar-belajar mengenal Puasa Ramadhan dan begitu teramat sesuai untuk anak-anak besar yang tidak serik menghafal sempena Puasa Ramadhan. hua hua hua..

Dapatkan fail .PDF Niat dan Doa di http://bit.ly/rTCMl

p/s panduan ini hasil salinan semula

Ujikaji semasa menunggu lori hantar ‘perabot tangan kedua’ ke pejabat, sampai ke sudah tidak nampak batang.. err batang ekzos lori..

Google Buzz

Continue reading "Selamat Berpuasa 1430H" »

WIN exclusive HOT WHEELS Display Case & Basic Cars…

By admiinFriday - August 7th, 2009Categories: FrontPage, Semua

Posted via email from emio’s posterous

Google Buzz

Continue reading "WIN exclusive HOT WHEELS Display Case & Basic Cars…" »

  • OraeTeran!

    17 spams blocked
    Last Message
    1 day, 12 hours
     ago
    2 guests are online.
    • Info : Please, resolve the addition below before post any new comment...
    • admiin : masih bekerja hari ini.. belum cuti lagi..
    • admiin : brape lama bersawang aa laman sesawang nih..
    • admiin : nak tukau langsir baru ke idak.. hmmm..
    • admiin : main2 plak robot nih.. kang aku ban baru tau..
    • ila : macam mana nak dapatkan email en. jaafar taib?
    • admiin : amenda la ko nak nih?
    • amir malik : i need ma dreem girl
    • admiin : Photo like Painting start at RM50 - size A4 if no problem with your original photo..check below slideshow..
    • admiin : ujian suara
  • Photo Like Painting!


  • Recent Comments

  • Categories


  • Blog Network:
  • tweet
    Namecheap
    Autoresponder
    Tuts+
    SiteGround
    PeKOMIK.com
    Freelance Rockstar