Category View

Kesempurnaan adalah proses

By admiinThursday - December 24th, 2009Categories: Buku, PTS, Penulisan, Semua

Dalam mengusahakan sesuatu, saya telah mendapat pengalaman supaya tidak boleh menunggu benar-benar cukup dan sempurna baru hendak bermula. Kecukupan dan kesempurnaan bukan syarat, ia adalah sebuah proses. Semua  yang berjaya, bermula dari belajar dan mencuba. Bermulalah seperti bayi; kita tidak akan  ke mana-mana  jika takut untuk bermula dan masih menunggu kesempurnaan.

 

Rangkaian ayat ini dipetik dari blog Jurnal Online UstazCahaya yang pertama kali dijengah hasil pemilihannya sebagai pemenang pertandingan ulasan buku Tuan Zamri Mohamad.

 

Buku yang sama juga – Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas - pernah menjadi bacaan cuma tidak dipratikkan sebagai pemangkin dalam bidang penulisan yang tentu sahaja menjana pendapatan. Alangkah ruginya diri ini kerana terikat dengan peraturan sendiri.

 

Semoga kata-kata “Kecukupan dan kesempurnaan bukan syarat, ia adalah sebuah proses. Semua  yang berjaya, bermula dari belajar dan mencuba” dapat dijadikan pembolehubah diri.

 

 

Cari Duit Cara Mudah sebagai Penulis Bebas

Google Buzz

Continue reading "Kesempurnaan adalah proses" »

Layang-layang..

By admiinThursday - December 10th, 2009Categories: Buku, Penulisan, Projek

Sample-color-01

Hari ini sempat mereka-reka cerita dan contoh ilustrasi untuk buku cerita kanak-kanak 2010. Semoga semangat ini bukan seperti layang-layang terputus tali.

 

Harap cerita diterima oleh Puan Editor.

 

   Four Pictures by Emily Carr
Google Buzz

Continue reading "Layang-layang.." »

Pesta Buku KL 2009

By admiinMonday - April 20th, 2009Categories: Penulisan, Semua

Ni acara tahunan yang wajib pakcik & makcik sekeluarga pergi.
Kalau tak beli pun takpe.. janji pergi.. yang sahihnya memang beli.. kalau tak beli macam tidur tak ngigau, makan tak lapar, mandi tak sabun lah jawabnya..

Anak-anak pun seronok.. makcik lagi seronok.. kali ni pergi naik Rapid LRT.. dah berzaman rupanya tak naik.. rasa cam rusa masuk reban ayam plak.. hehehe..

Letih kaki buat senaman jalan pusing-pusing..tambah pulak orang ramai berduyun-duyun.. perggghh.. gawat-gawat pun, ramai beli buku.. betul kata Puan Ainon Sifu PTS..buku berbahasa Melayu tetap jadi pilihan..

Gerai PTS kali ni kat lorong cam sempit aaa.. naik semput menjelajah..

kad pts by ORAET!.
kad id penulis pts, supaya senang nak kenal siapa penulis

Makcik plak sempat jumpa kawan dia, penulis Viva Sakura kat gerai NB Kara

viva sakura by ORAET!.

Keluar dari Pesta terus ke The Mall.. tempat kerja lagi dikenang, inikan pula tempat makan.. Medan Hang Tuah atas tu tempat tumpuan.. nasi ayam makcik tu masih menten serupa 15 tahun dulu.. popia dia pun menten..

Antara buku-buku yang sempat disambar..
buku-buku by ORAET!.

Jumaat ni ambil cuti, nak pergi lagi.. uhuhu

Google Buzz

Continue reading "Pesta Buku KL 2009" »

Tip Menjadi Penulis Bestseller Dari Habiburrahman El-Shirazy | Fauzul Naim Ishak

By admiinThursday - April 2nd, 2009Categories: Penulisan, Semua

Dipetik dari : Tip Menjadi Penulis Bestseller Dari Habiburrahman El-Shirazy | Fauzul Naim Ishak

Tip Menjadi Penulis Bestseller Dari Pengarang Bestseller

Saudara Habiburrahman memberikan 5 ciri pengarang yang ingin karyanya menjadi bestseller dan hebat. 5 ciri tersebut adalah :

a) Niat yang Kuat

Seseorang penulis seharusnya meletakkan satu niat yang kuat dan kukuh dalam hati sanubari mereka sebelum dan semasa berkarya. Niat ini seharusnya positif bagi menjadikan segala tulisan dibuat menyumbang kepada masyarakat. Ia bersesuaian dengan hadis Nabi yang mengatakan bahawa setiap sesuatu dimulakan dengan niat. Niat yang baik membawa penghasilan baik dan dirahmati Allah. Yang buruk dikeji dan dibalas dengan balasan buruk di akhirat kelak

b) Keberanian untuk Menulis

Seseorang pengarang harus bersedia untuk karyanya dibaca oleh orang lain. Apabila begitu mereka perlu terbuka menerima pandangan pelbagai pihak mengenai karyanya. Sesuatu karya yang ditulis tidak akan mungkin boleh jadi paling sempurna kerana kita ini manusia. Hamba Allah. Maklum balas pasaran dan pembaca akan dapat mematangkan penulisan seseorang pengarang itu.

c) Idealisme yang Diperjuangkan dan Kekuatan Jiwa

Seorang pengarang perlu ada perjuangan dalam penulisan. Mereka perlu meletakkan perjuangan sebagai sebab utama dalam penulisan. Perjuangan yang murni dan suci. Penulis tanpa perjuangan, tulisannya tidak dari hati. Kata-kata digunakan tidak meresap masuk ke dalam jiwa pembaca.

d) Ilmu, Wawasan dan Penguasaan Teknik Menulis yang Baik

Teknik dan ilmu kepengarangan amat penting dalam menjadikan seseorang penulis itu matan dalam menulis. Ilmu ini dapat ditimba dengan menghadiri bengkel dan seminar berkaitan dunia penulisan.

e) Akhlak yang Mulia

Akhlak adalah cermin diri. Ia adalah perkara paling besar perlu ada pada manusia. Penulis berakhlak baik berbanding dengan tidak amat besar bezanya dari sudut penulisan. Akhlak amat tergambar dalam penulisan kesemua pengarang. Pengarang yang baik menulis dengan penuh berhikmah dan kata-kata berilmu.

Sedikit perkongsian buat semua. Terima kasih kepada saudari Ashikin dan Nor Hafizah yang sudi berkongsi ilmu ini dengan saya.
Hasil tulisan :
Fauzul Na’im Ishak
Pemilik Blog
md@fauzulnaim.com

Google Buzz

Continue reading "Tip Menjadi Penulis Bestseller Dari Habiburrahman El-Shirazy | Fauzul Naim Ishak" »

  • OraeTeran!

    17 spams blocked
    Last Message
    1 day, 11 hours
     ago
    2 guests are online.
    • Info : Please, resolve the addition below before post any new comment...
    • admiin : masih bekerja hari ini.. belum cuti lagi..
    • admiin : brape lama bersawang aa laman sesawang nih..
    • admiin : nak tukau langsir baru ke idak.. hmmm..
    • admiin : main2 plak robot nih.. kang aku ban baru tau..
    • ila : macam mana nak dapatkan email en. jaafar taib?
    • admiin : amenda la ko nak nih?
    • amir malik : i need ma dreem girl
    • admiin : Photo like Painting start at RM50 - size A4 if no problem with your original photo..check below slideshow..
    • admiin : ujian suara
  • Photo Like Painting!


  • Recent Comments

  • Categories


  • Blog Network:
  • Namecheap
    Tuts+
    tweet
    SiteGround
    PeKOMIK.com
    Autoresponder
    Freelance Rockstar