Semua yang hidup dan berakal pasti berdepan dengan situasi “PILIHAN” – kecuali mati – yang tentunya membuat seseorang perlu bertindak melakukan pilihan. Biasanya ada 2 pilihan
Jika tersilap pilih – BINASA Jika betul pilih – BAHAGIA
Itu yang berlaku baru-baru ini, mendapat peluang membuat satu kerja yang nampak mudah. Seharusnya kerja itu tidak diterima kerana sudah hujung minggu. Dek kerana berasa kasihan, peluang tersebut disahut. Akhirnya kelam kabut dan tersangkut-sangkut. Penghasilan kerja juga terbantut. Perasaan jadi kalut. Maaf yang dihulur tidak terpaut. BINASA !
moral : ambil peluang kerja yang bukan mengganggu hujung minggu dan bukan jenis minit-minit terakhir atau waktu kecederaan!








